Saturday, December 13, 2008

Perkhemahan Perdana Mahasiswa Gayong 2008




28 - 30 November - PPMG'08 telah diadakan bertempat di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat. Seramai 80 orang ahli PSSGM KUIS telah menyertai kem ini. Oleh Kerana semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan, peserta diajar seni permainan pisau. Setakat ini, silat sangat memerlukan ramai gurulatih baru yang akan meneruskan warisan silat kepada generasi masa hadapan.Besar kemungkinan Kursus Kerambit akan diadakan di KUIS pada Jamuari 2009. Sama-samalah kita berdoa agar kursus ini akan dapat dilaksanakan. Amin.

Salam hormat.
angahkuis.

Friday, December 12, 2008

Letak Jawatan Setiausaha PSSGM KUIS


Pada November 2008 saya telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha PSSGM KUIS. Diharap pengganti saya akan menjalankan tugas lebih baik dari saya. Jika perlukan bantuan saya silalah beritahu, saya sedia membantu setakat kemampuan yang ada. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Terima kasih kepada Kak Long Nasibah yang berusaha dan bersusah-payah untuk saya. Terima kasih Cikgu Fauzi, Acap, Din, Angah Razi, Fairul. Terima kasih AJK PSSGM 2008.

Salam hormat.
angah kuis.

Thursday, December 11, 2008

PSSGM KUIS 2008


salam persaudaraan.
kata bersahut, gayong bersambut.
ini adalah permulaan blog peribadi pssgm kuis 2008.
di sini akan dikongsikan aktiviti pssgm kuis 2008.
salam hormat.
angah kuis.