Sunday, January 4, 2009

Khalifah Besar Selangor meninggal dunia.



5 Januari 2008 - Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Tuan Haji Cikgu Idaris bin Abdul Rahman, Khalifah Besar PSSGM Selangor. telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Januari 2008. Kita mohon agar roh beliau ditempatkan bersama orang-rang yang soleh. Amin.

Perkelahan AJK PSSGM 2008

4 Januari 2008 - AJK lama telah melaksanakan aktiviti perkelahan di Sg. Tekala dan dihadiri seramai 17 orang anak Gayong KUIS. Sambil mandi-manda di Sg. Tekala, kami berkesempatan melaksanakan latihan silat di sungai. Selepas mandi-manda, kami solat Zohor di surau yang disediakan oleh pihak pengurusan Sg. Tekala. Kemudian, sebelum bertolak balik, kami menjamu selera di cafe makcik Yusnaini. Nasi lemak dan kuih menjadi habuan kami pada petang itu. Selesai menjamu selera kami pulang ke KUIS.

Majlis Perkahwinan Fairul & Shafina


3 Januari 2009 - Majlis perkahwinan berlangsung di Kg. Sentosa, Semenyih.Seramai 30 orang anak Gayong KUIS telah hadir dan membuat persembahan di hadapan pasangan tersebut.Permainan seni tangan kosong, simbat, pisau dan keris dipamerkan buat pasangan pengantin. Kedua-dua pasangan ini merupakan bekas pelajar KISDAR dan anak Gayong di bawah pimpinan Cikgu Mohd Fauzi Md Fadzil.Semoga pasangan ini akan berkeklan hingga akhir hayat dan semoga berbahagia.