Monday, April 13, 2009

Kursus Khatam Keris

Kursus Khatam Keris akan diadakan pada 18 April 2009 di Pengkalan Balak, Melaka. Semoga peserta yang mengikuti kursus ini akan lulus dengan cemerlang.Amin.

Friday, March 6, 2009

KURSUS KERIS


6-7 Mac 2009 - Senior PSSGM KUIS telah menghadiri Kursus Keris. Majlis Khatam Keris akan diadakan pada bulan April dan tarikh sebenar belum diketahui.
Hidupkan kembali seni Melayu yang kian dilupakan.
"KATA BERSAHUT GAYONG BERSAMBUT"

Thursday, March 5, 2009

Ujian Kenaikan Bengkung 2009


Cikgu Azman, Cikgu Rosul, Cikgu Raouf.


Cikgu Rosul dan Cikgu Azman.


Cikgu Raouf.

25 Januari 2009, Ahad - PSSGM KUIS telah mengadakan Ujian Kenaikan Bengkung dan Majlis Perlimau Tapak & Seni.
Ujian Kenaikan Bengkung 2009 dihadiri oleh Cikgu Rosul, Cikgu Raouf dan Cikgu Azman.
Sebelum ujian dimulakan, beberapa orang ahli telah menjalani perlimau tapak & seni untuk diterima sebaga anak gayong. Cikgu Rasol telah menjalankan majlis perlimau tapak & seni di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Seramai 100 lebih anak gayong telah menjalani ujian dan semua didoakan lulus dalam ujian ini. Keputusan ujian akan diberitahu pada bulan Mei selepas pembukaan semester baru.


sedia!


nah, ambik kau!


masuk! masuk!


ha, masukla kalau berani!

Sunday, February 8, 2009

Kursus Seni Kerambit 2009

24 Januari 2009, Sabtu - Gelanggang Wajadiri Taman Nirwana telah menjalankan Kursus Seni Kerambit & Pukulan Maut Wanita yang diselenggarakan oleh Cikgu Mohd Jazwan Bin Kahar. Kursus ini disertai oleh lebih 50 orang ahli PSSGM dari Pelbagai gelanggang termasuk KUIS, UPSI dan Kuantan. Cikgu Razman atau dikenali sebagai Singa Malaya juga turut hadir bagi memeriahkan kursus ini. Tahniah kepada Gelanggang Wajadiri Taman Nirwana. Harap ada susulan kursus dan latihan selepas ini.




Peserta Kursus Seni Kerambit 2009 dari Gelanggang KUIS.


Heroes of the day.



Kenangan bersama Cikgu Fauzi dan anak gayong setia KUIS.


Kenangan di Taman Nirwana.


Hidangan disediakan oleh Gelanggang Pusat, Taman Nirwana.



Makan tengahari bersama di bawah pohon yang rendang.


Menikmati makan tengahari di redup mentari.


Peserta Wanita KUIS.


Peserta Wanita KUIS.

Sunday, January 4, 2009

Khalifah Besar Selangor meninggal dunia.



5 Januari 2008 - Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Tuan Haji Cikgu Idaris bin Abdul Rahman, Khalifah Besar PSSGM Selangor. telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Januari 2008. Kita mohon agar roh beliau ditempatkan bersama orang-rang yang soleh. Amin.

Perkelahan AJK PSSGM 2008

4 Januari 2008 - AJK lama telah melaksanakan aktiviti perkelahan di Sg. Tekala dan dihadiri seramai 17 orang anak Gayong KUIS. Sambil mandi-manda di Sg. Tekala, kami berkesempatan melaksanakan latihan silat di sungai. Selepas mandi-manda, kami solat Zohor di surau yang disediakan oleh pihak pengurusan Sg. Tekala. Kemudian, sebelum bertolak balik, kami menjamu selera di cafe makcik Yusnaini. Nasi lemak dan kuih menjadi habuan kami pada petang itu. Selesai menjamu selera kami pulang ke KUIS.

Majlis Perkahwinan Fairul & Shafina


3 Januari 2009 - Majlis perkahwinan berlangsung di Kg. Sentosa, Semenyih.Seramai 30 orang anak Gayong KUIS telah hadir dan membuat persembahan di hadapan pasangan tersebut.Permainan seni tangan kosong, simbat, pisau dan keris dipamerkan buat pasangan pengantin. Kedua-dua pasangan ini merupakan bekas pelajar KISDAR dan anak Gayong di bawah pimpinan Cikgu Mohd Fauzi Md Fadzil.Semoga pasangan ini akan berkeklan hingga akhir hayat dan semoga berbahagia.